PENGKHUSUSAN KAUNSELING PENAGIHAN DADAH - PEMULIHAN

MORA KAUNSELING BERSAMA
Cr. Mohamad Hassan
BA Hons Pysch [UKM]
MA Psych [UUM]

[Kaunselor Berdaftar / Pentauliahan Professional]
No Tel Personal: 019-6676816

{ Registered Counselor }
HEAD OFFICE:
No: 16 Jalan Khatib
84000 Muar
Johor
Tel/Fax: 06-9537939 {Treatment Centre}
Tel/Fax: 06-9532141 {Acct. / Finance Dept}

Persatuan Kaunseling Malaysia ~ Perkama

PENGASAS & KAUNSELOR BERTAULIAH ANDA CR. Mohd Hassan.

Image Hosted by ImageShack.us

Kata kata Aluan oleh Pengasas Kaunseling MORA

KAUNSELING ONLINE
KAUNSELING KHUSUS PENAGIHAN DADAH/ALKOHOL
KAUNSELING INDIVIDU
KAUNSELING REMAJA
KAUNSELING KERJAYA
KAUNSELING PERKAHWINAN
KAUNSELING KELUARGA
KAUNSELING KELOMPOK/GROUP
SEMINAR KAUNSELING

Cr Mohamad Hassan mempunyai pengalaman luas dalam bidang kaunseling penagihan dadah dan penagihan penagihan lainnya seperti alkohol dan ubat batuk, menghidu gam dan tingkah laku luar biasa ekoran gejala sosial seperti bohsia dan mat rempit.
Hampir 70 peratus rekod menunjukkan segala permasalahan diatas berjaya dipulihkan secara peribadi leh Cr. Mohamad Hassan dengan kos yang tidak menekan tinggi malah berpatutan murah.
Jangan ragu ragu untuk memulakan langkah anda sekarang mengambil jalan mudah pemulihan bersama kaunselor anda Cr Mohamad Hassan atau memberitahu rakan rakan serta keluarga dan saudara mengenai wujudnya perkhidmatan ekslusif yang disediakan ini.
Langkah pertama pemulihan bermula dengan anda dan dari response yang diterima serta program terancang beserta ''backup'' pelbagai lagi badan juga instrument sokongan yg menanti anda yang menyertai program kaunseling bersama Cr Mohamad Hassan maka kejayaan sudah dalam genggaman anda.

PENGUMUMAN oleh Pengasas

Pengamal Professional anda Cr. Mohamad Hassan akan menulis secara harian berturutan di blog ini yg di update daily. Diharap pengunjung dapat memberi kerjasama dengan memberikan komen [comment] di ruangan bawah ikon comment bagi blog ini.

Cr. Mohamad Hasan akan membuat folow-up terhadap komen yg dibuat atau untuk memudahkan runding-cara boleh juga dilakukan di ruangan shout-box yg tersedia.
Sekian Terimakasih

Monday, March 30, 2009

drug abuse & counselling treatment

Drug Abuse

Find a Counsellor or Psychotherapist dealing with Drug Abuse »

Drug users are often stereotyped with the image of 'junkies shooting up', and although this may be true to form in some cases, the vast majority of addicts do not measure up to this stereotype. Addiction does begin with a conscious decision to experiment with drugs, however scientific research has found that drugs interfere with normal brain functioning and have long-term effects on brain metabolism and activity. Thus changes occurring in the brain alter drug abuse to drug addiction, an uncontrollable craving that cannot be overcome without treatment. Addiction can affect anyone and both legal and illegal drugs can be addictive. Many view addicts as morally weak, yet addiction is a chronic, relapsing illness.

Drug addiction is the uncontrollable use of drugs, to the point where the user has no choice but to carry on using. How addictive various drugs are will differ between substances and between individuals, and the addiction has two measures: physical dependency and psychological dependency. Physical dependency means the body has become accustomed to the drug and its absence will initiate withdrawal symptoms, and psychological dependency occurs when the mind relies on the effects of the drug and its absence produces cravings. Often the addict will suffer from both physical and psychological dependency.

Drugs are often recognised as hard or soft, legal or illegal, uppers or downers or addictive and non-addictive. However they can also be categorised based upon the effect they produce as stimulants, depressants and hallucinogens.

Stimulants are drugs that increase the activity of the central nervous system and increase brain activity. Examples include Cocaine and Crack, Ecstasy, Alkyl Nitrites, Amphetamines, Anabolic Steroids and Nicotine. Some of these give the feelings of greater confidence, energy and alertness.

Depressants are drugs that reduce the activity of the central nervous system and slow down brain activity. Examples include Solvents, Alcohol, Barbiturates, Heroin and Tranquillisers. Common affects of these drugs are impaired coordination, judgement and balance.

Hallucinogens alter perceptions of reality, changing the way users experience the world through their senses. Examples include Cannabis, LSD, Magic Mushrooms and Ketamine. Often users will see and hear things that are not real. Hallucinogens can also trigger psychotic reactions, including paranoia.

Often, the users of these drugs are unaware of the full effects, why the drug has such effects and the problems caused by taking the drugs. Certain drugs change the users body so that it becomes used to the drug and cannot function without it. Withdrawal symptoms include:

Common Withdrawal symptoms:

  • Headaches
  • Sweating
  • Vomiting
  • Tremors
  • Insomnia

    Causes:

    There are many reasons why individuals may abuse drugs, and these will vary from person to person. However some common reasons are likely to be:

  • Escapism
  • The belief that drugs can solve problems
  • Peer pressure
  • Need to experiment
  • Enjoyment of the effects
  • Easy access to socially acceptable drugs such as alcohol and tobacco

    Some evidence also suggests there is a genetic tendency to addiction, however addictions are also common where there is no genetic predisposition.

    Treatment:

    Recovery from drug addiction varies between individuals and according to the drugs involved. Substance-abuse rehabilitation centres are common for those seriously addicted, and counselling is also effective in some cases.
  • Kumpulan sokongan UTAMA dalam Rawatan penagih

    Kumpulan sokongan

    Pusat pemulihan:

    • Agensi Anti Dadah Kebangsaan
    • AADK
    • PENGASIH

    Pakar sakit jiwa

    • Pakar kaunseling penagihan dadah
    • Pakar psikologi
    • Ibubapa
    • Guru sekolah

    Pemulihan penagih

    Pemulihan

    Melibatkan prosedur rawatan seperti:

    • Terapi dadah gantian
    • Pengurusan tingkah laku
    • Kaunseling
    • Mencegah dari kembali menagih (relapse prevention)
    • Latihan menjadi asertif
    • Sokongan masyarakat
    • Pengisian dan perlembagaan rohani

    Penjagaan berterusan adalah satu komponen yang penting dalam proses pemulihan dari ketagihan dadah.

    Ia memerlukan sokongan penuh dari keluarga dan masyarakat.

    Sokongan sosial termasuk:

    • Pembangunan kemahiran
    • Penempatan pekerjaan
    • Pusat bantuan setempat

    Pencegahan DADAH

    Pencegahan

    Apakah yang boleh mempengaruhi permulaan atau penyudah tabiat penyalahgunaan dadah?

    • Kesungguhan pada aktiviti yang lain
    • Status sosioekonomi
    • Pengaruh rakan sebaya
    • Pengaruh ibu bapa
    • Budaya dan etnik
    • Nilai hidup yang sederhana
    • Motivasi untuk berjaya / takut pada kegagalan
    • Pengasingan sosial

    RAWATAN & KAUNSELING

    Rawatan

    Ketagihan adalah bersifat psikologi. Mereka yang telah kronik dalam penyalahgunaan dadah sukar disembuhkan. Pertolongan dari mereka yang profesional amat diperlukan.

    Rawatan untuk ketagihan boleh didapati di hospital, klinik atau Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

    Rawatan termasuk:

    Detoksifikasi

    • Menghilangkan kesan dadah di dalam badan

    Terapi kelakuan

    • Menggalakkan sikap yang baik dan menghilangkan rasa pergantungan

    Kaunseling - Memberi motivasi dalam menangani masalah dadah dan kembali menagih

    Terapi penggantian dadah

    • Memaksimumkan keadaan bebas dadah semasa proses pemulihan
    • Methadone - Ketagihan ubat penenang
    • Nikotin - Ketagihan rokok

    Tanda dan Gejala pengambilan dadah

    Tanda dan gejala

    Bagaimana mengetahui seseorang itu terlibat dalam penyalahgunaan dadah?

    • Resah, gelisah
    • Prestasi kerja atau akademik yang merosot
    • Mencuri wang atau apa saja sama ada di rumah, sekolah atau di tempat kerja
    • Perubahan sikap secara mendadak seperti tabiat makan, tidur dan aktiviti harian
    • Perubahan emosi secara tiba-tiba

    • Bercakap merepek
    • Mengabaikan penampilan diri
    • Menghindari kawan biasa yang tidak mengambil dadah
    • Berkelakuan mencurigakan seperti menghabiskan banyak masa di bilik air atau bilik tidur dan rasa curiga yang keterlaluan kepada yang lain
    • Kelihatan letih, penat dan mamai

    Komplikasi

    Kesan penyalahgunaan dadah yang berterusan akan merosakkan:

    • Kebersihan dan kesihatan diri
    • Kesihatan mental
    • Prestasi pelajaran
    • Hubungan sosial
    • Status kewangan

    Penyalahgunaan dadah akan lebih merumitkan bila ia melibatkan:

    • Penggunaan pelbagai jenis dadah
    • Aktiviti jenayah
    • Kaum keluarga
    • Masalah perubatan
    • Masalah psikiatri
    • Kanak-kanak dan remaja (umur kurang 18 tahun)

    Jenis jenis dadah

    Kenapa mereka mengambil dadah?

    • Ingin mencuba
    • Terikut-ikut
    • Amalan budaya
    • Suasana semasa. Contohnya; perang / kelab malam
    • Tekanan / cabaran dalam kumpulan
    • Bagi tujuan merawat
    • Meningkatkan kawalan diri dan prestasi

    Apakah jenis-jenis dadah yang kerap disalahgunakan?

    Opium / candu

    • Morfin, Heroin - euphoria, painkiller
      • Melahirkan rasa euforia dan penahan sakit
      • Euforia, ubat tahan sakit

    Perangsang

    • Kokain, Amfetamina -
      • Euforia, berkeyakinan

    Penenang

    • Anxiolytics / Anti-anxiety drugs - Benzodiazepines
      • Benzodiazepines

    Halusimogen - Psikedelik (Warna-warna terang dan berkilauan)

    • Kanabis / Marijuana / Hashish / Ganja / Weed
    • LSD - lysergic asid diethylamide, asid

    Nikotin / Tembakau

    • Terangsang dalam dos yang kecil

    Alkohol - agen kemurungan

    • Terangsang pada dos yang rendah tetapi terencat bila mengambil dos yang berlebihan

    Kanabis / Marijuana / Hashish / Ganja / Weed

    Hidu (Inhalants / Solvent) - Menghidu gam atau petrol

    Lain -lain - daun ketum

    Apakah itu penagih dadah?

    Apakah penagihan dadah?

    Penagihan dadah dikenali sebagai bergantung dengan dadah.

    Penagihan dadah bermula apabila seseorang itu mula dengan bahan tersebut. Contohnya:

    • Memerlukan dos yang lebih tinggi untuk mencapai kesan yang diingini
    • Mula menunjukkan sifat-sifat ketagih apabila penggunaannya dihentikan
    • Terpaksa meningkatkan jumlah dadah yang lebih banyak dan tempoh penggunaan yang lebih lama

    Penagihan dadah juga akan membuatkan seseorang hilang kawalan diri.

    Kebiasaannya, penagih dadah akan menghabiskan masa untuk melakukan aktiviti seperti mencari pengedar, membeli dan menggunakan dadah, begitu juga mendapatkan wang bagi membeli dadah.

    Apabila seseorang ketagih atau bergantung kepada dadah secara fizikal dan psikologi, akan wujud keinginan yang melampau untuk mengambil atau berterusan menggunakan dadah dalam apa cara sekali pun.

    Ini akan mendatangkan kesan yang buruk kepada diri mereka dan masyarakat sekeliling.

    Pengenalan apakah itu Penagihan DADAH?

    Pengenalan

    Apakah penyalahgunaan dadah?

    Penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang melibatkan perlakuan yang berulang-ulang atau penggunaan dadah yang berlebihan. Pada kebiasaannya ia akan mendatangkan perasaan gembira melampau atau ketagih bertujuan lari daripada kenyataan.

    Penyalahgunaan dadah / bahan terlarang melibatkan pola songsang penyalahgunaan dadah yang akhirnya boleh mengganggu kehidupan seharian " Penyalahgunaan dadah / bahan terlarang melibatkan pola songsang penyalahgunaan dadah yang akhirnya boleh mengganggu kehidupan seharian.

    Penagih dadah cenderung menggunakan dadah secara berterusan walaupun:

    • Berlaku masalah dalam diri atau masyarakat
    • Sering terlibat dengan masalah perundangan akibat penyalahgunaan dadah
    • Meletakkan diri dalam situasi yang berbahaya

    DEFINISI KAUNSELING - Kertas Kerja/ work paper

    KAUNSELING DAN PENDEKATANNYA SECARA AM.

    HJH ANISAH BT.HASHIM

    DEFINISI KAUNSELING

    Kaunseling merupakan suatu konsep yang telah di ketahui umum khususnya di kalangan masyarakat maju. Semakin majunya kehidupan ahli dalam sesebuah masyarakat, semakin meningkat pula masalah-masalah yang harus di tempuhi oleh ahli-ahlinya.

    Kebanyakan individu apabila diminta untuk mentakrifkan tentang kaunseling akan menyatakan bahawa kaunseling adalah satu proses pertemuan di antara seorang kaunselor dengan individu yang ingin diberikan bantuan. Dengan lain perkataan, kaunselor ialah individu yang khusus bertugas secara terarah atau sukarela untuk memberikan pertolongan kepada orang lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi oleh klien (orang yang datang berjumpa denga kaunselor). Definasi yang di berikan ini terlalu umum.

    Untuk pemahaman dengan lebih jelas lagi tentang definisi kunseling, dipetik tiga definisi yang telah dibuat oleh tiga tokoh iaitu Blocher (1974); Corey (1977) dan James (1982). Blocher (1974) mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. Corey (1977) sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulkan masalah pada dirinya. Akhir sekali James (1982) pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu.

    Ketiga-tiga definasi yang di pilih ini memberikan penekanan kepada proses untuk menolong, menyedarkan individu tentang dirinya dan suatu proses pembelajaran individu untuk mencapai tingkat kesejahteraan dalam kehidupan yang dilalui.

    Konsep atau definasi kaunseling mengikut perspektif Islam didapati lebih luas dan lebih komprehensif. Aziz Salleh (1996) misalnya menyatakan bahawa kaunseling merupakan suatu khidmat perhubungan di antara seorang klien yang mempunyai masalah psikologikal dengan seorang kaunselor terlatih untuk membantu klien bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Kaunseling Islam mempunyai liputan skop masalah yang lebih besar iaitu yang berkaitan dengan keimanan seseorang seperti aspek ketuhanan, alam akhirat, dosa, pahala, neraka, hari kiamat dan sebagainya.

    Mengikut ajaran Islam, kaedah kaunseling ini adalah suatu amalan asas yang perlu dipergunakan dalam perhubungan sesama manusia. Amalan nasihat-manasihati dan menjauhi tindakan yang bertentangan dengan ajaran Islam merupakan asas dalam didikan Islam.

    Walau apapun definasinya, pertemuan antara kaunselor dan klien dalam beberapa sesi kaunseling talah dapat mencapai alternatif terbaik untuk individu mengatasi masalah yang dihadapi agar dirinya dapat berfungsi dengan lebih berkesan di alam persekitarannya.

    Kaedah-kaedah Kaunseling

    Sejak kemunculan bidang ilmu kaunseling, terdapat kira-kira 200 pendekatan yang boleh digunakan untuk memberi kaunseling pada individu yang memerlukannya. Kaunselor yang luas pengalamannya akan memilih teori-teori yang dapat disesuaikan dengan permasalahan yang dihadapi oleh klien agar bidang masalah yang dihadapi oleh klien dapat diatasi dengan berkesan. Daripada banyaknya bidang pendekatan itu, dapat dikumpulkan ke dalam empat kategori pendekatan iaitu:

    1. Pendekatan psikoanalitik

    2. Pendekatan kognitif

    3. Pendekatan afektif

    4. Pendekatan tingkah laku

    Pendekatan Psikoanalitik

    Diperkenalkan oleh Sigmund Freud yang berlatar belakangkan kehidupan Yahudi. Beliau telah memperkenalkan konsep assosiasi-bebas (free-assosiation) selepas berjaya dalam amalan hipnotisa (hypnosis). Freud menggunakan kaedah assosiasi untuk menerokai minda tidak sedar manusia. Dalam pendekatan psikoanalitiknya, Freud memberikan penegasan dan percaya bahawa personaliti individu dapat diketahui melalui kajian minda tidak sedar yang dipunyai.

    Pada pandangan Freud, manusia secara fitrahnya bersifat dinamik iaitu terdapat perpindahan atau transformasi dan pertukaran tenaga dalam pembentukan personaliti manusia. Pendapat-pendapat yang diutarakan oleh Freud terbukti secara saintifik kini.

    Kaunselor profesional yang mengamalkan pendekatan psikoanalitik akan menggalakkan klien mereka memerihalkan dan bercakap apa sahaja yang datang dalam ingatan, terutama sekali peristiwa-peristiwa yang dilalui semasa berada di tahap kanak-kanak. Melalui pendekatan ini kaunselor cuma membentuk persekitaran atau atmosfera di mana klien akan merasai bebas untuk melahirkan isi hatinya.

    Pendekatan inu mempunyai pelbagai komplikasi dan kompleksiti. Arlow (1984) menyatakan bahawa pendekatan psikoanalitik berjaya digunakan untuk mengatasi mereka yang mempunyai pelbagai kecelaruan termasuklah gangguan histeria, narcissism, reaksi obsessif-kompulsif, kecelaruan peribadi, ketakutan, phobia dan kecelaruan seksual.




    Pendekatan Kognitif

    Ahli kaunseling menggunakan pendekatan kognitif dengan memberikan tumpuan kepada pemikiran manusia (thinking). Ahli teori kognitif percaya bahawa pemikiran mempengaruhi perasaan dan tingkahlaku manusia. Jika individu mengubah cara berfikir, perasaan dan tingkah lakunya juga akan mengalami perubahan melalui modifikasi tingkah laku. Salah satu pendekatan kognitif yang popular telah dikembangkan oleh Albert Ellis (1962) yang dikenali sebagai terapi emotif-rasional atau RET (Rational-Emotive Therapy). Albert membesar dalam keluarga Yahudi di Pittsburg, Amerika Syarikat. Di usia remajanya, beliau menjadi atheist disebabkan perceraian kedua ibu bapanya.

    Terapi emotif-rasional mengandaikan bahawa manusia secara lahiriah adalah rasional dan tidak rasional, logikal dan gila (crazy). Ellis juga percaya bahawa sifat duaan (duality) secara semulajadi ini diwarisi dan akan terus dipunyai andainya tiada apa-apa pembelajaran berlaku yang akan mengubah cara pemikiran baru pada individu. Ellis telah menggariskan sebelas kepercayaan tidak rasional yang seringkali dipunyai oleh manusia yang menyusahkan dan boleh menimbulkan pelbagai gangguan emosi.

    Kaunselor dalam pendekatan RET ini mengambil peranan yang aktif dan terus (direct). Kaunselor berfungsi untuk menunjuk arah, mengajar dan membetulkan kognisi klien. Ellis telah mengenal pasti beberapa ciri peribadi yang perlu dipunyai oleh kaunselor yang akan menggunakan RET. Mereka haruslah cerdik, berpengetahuan luas, empathetik, tekal, berfikiran saintifik, berminat untuk menolong orang dan merupakan pengguna teknik RET.

    Terapi emotif-rasional didapati mudah dilaksanakan dan berkesan. Kaedah ini berkesan untuk digunakan ke atas klien remaja. RET berkesan untuk mengatasi masalah kecelaruan affektif, kecelaruan ketakutan dan penyesuaian. Di samping RET, analisis transaksional (transactional analysis) merupakan juga suatu kaedah dalam pendekatan kognitif.

    Pendekatan Afektif

    Antara kaedah kaunseling dalam pendekatan affektif yang popular ialah kaunseling pemusatan-insan (person-centered counseling) diikuti dengan kaunseling ‘existential’ dan terapi gestalt.

    Pendekatan kaunseling pemusatan-insan diperkenalkan oleh Carl Rogers yang dibesarkan di Illinois, Amerika Syarikat dalam keluarga Kristian. Ahli dalam pendekatan ini mempercayai bahawa manusia adalah untuk yang baik. Manusia mempunyai ciri-ciri peribadi positif, konstruktif, sentiasa bertindak maju ke hadapan, realistik dan boleh dipercayai. Setiap insan sedar dan mempunyai daya gerakan untuk mencapai ‘penghakikian kendiri’ (self-actualization). Pada pendapat Rogers, penghakikian kendiri merupakan arah motivasi yang mengarahkan tingkahlaku manusia yang mempengaruhi dirinya sebagai manusia keseluruhannya. Setiap insan mempunyai kecenderungan asas untuk berusaha mencapai penghakikian diri sebenar. Ahli teori pemusatan-insan percaya setiap insan berupaya untuk mencari makna peribadi diri dan tujuan kehidupan di muka bumi ini.

    Peranan kaunselor dalam pendekatan ini dikatakan bersifat holistik atau keseluruhan. Kaunselor akan menentukan dan membentuk suasana di mana klien merasai bebas untuk menerokai keseluruh aspek dirinya. Kaunseling dalam pendekatan ini memberikan tumpuan kepada hubungan kaunselor dan klien. Kaunselor sentiasa berhati-hati dan sedar dengan bahasa, perkataan dan gerakbalas klien.

    Pendekatan pemusatan-insan ini berjaya untuk mengatasi pelbagai masalah upaya umpamanya masalah kepimpinan. Penyesuaian psikologikal, masalah pembelajaran, frustrasi dan berjaya menolong mengurangi sifat-sifat defensif.


    Pendekatan Tingkah Laku

    Ahli teori dengan menggunakan pendekatan tingkah laku memberikan tumpuan kepada pelbagai bentuk tingkah laku klien. Ahli-ahli dalam pendekatan ini percaya manusia mempunyai masalah disebabkan ketidakupayaan untuk mengubah tingkah laku sesuai dengan kehendak persekitaran. Kaunselor yang menggunakan kaedah tingkah laku berusaha untuk menolong kliennya sama ada menpelajari sesuatu yang baru, bertingkah laku secara diterima atau cuba untuk memodifikasi atau menghapuskan tingkah laku yang keterlaluan.

    Pendekatan tingkah laku selalu digunakan ke atas individu yang mempunyai masalah yang spesifik seperti kecelaruan makan, penyalahgunaan dadah, ketidakfungsian seksual dan beberapa kecelaruan lain termasuklah masalah ketakutan, tekanan, assertif, keibubapaan dan interaksi sosial.

    B.F Skinner merupakan tokoh terkemuka yang menggunakan pendekatan tingkah laku. Beliau dilahirkan di Pensylvania, Amerika Syarikat. Kebanyakan teori yang dibentuk oleh Skinner berpunca daripada kajian ke atas binatang. Skinner percaya pembelajaran merupakan penentuan paling asas berhubung dengan tingkah laku manusia.

    Ahli kaunseling dengan pendekatan tingkah laku percaya bahawa semua tingkah laku yang diperhatikan oleh individu sama ada yang sesuai atau tidak adalah dipelajari. Peranan kaunselor dalam pendekatan tingkah laku adalah aktif sepanjang sesi kaunseling. Klien akan belajar, kadang kala tidak belajar atau belajar semula tatacara yang khusus untuk tingkah laku.


    (Dipetik dari Kertas Kerja Metodologi Kaunseling Dalam Menangani Masalah Akidah Umat Islam Masa Kini, Puan Asmah Bee Mohd Noor yang dibentangkan dalam Muzakarah Kaunseling dan Pemantapan Akidah 1999 pada 12 November 1999 bertempat di Langkawi, Kedah.)

    Kaunseling Kewangan BANK NEGARA MALAYSIA

    http://www.akpk.org.my/

    AKPK is an agency set up by Bank Negara Malaysia in April 2006 to provide financial counselling and debt management to individuals as well as financial education to help individuals take control of their financial situation and gain peace of mind that comes from the wise use of credit.

    AKPK’s objectives are;

    • To proactively ensure that the household sector continues to be resilient by providing an avenue for individual borrowers and potential borrowers to seek advice and assistance in managing their finances and debts and at the same time promote a sound and robust banking system.
    • To achieve these objectives, AKPK’s mission is to Make Prudent Financial Management a Way of Life for all Malaysians.
    AKPK offers the following services to individuals, free of charge:
    • Financial education on the responsible use of credit and basic money management skills
    • Counselling and advice on financial management, including financial budgeting to manage expenses
    • Debt management programme to assist financial consumers to regain financial control

    Kaunseling PORTAL PENDIDIKAN UTUSAN MALAYSIA

    KAUNSELING

    “Bercakap” jangan “bercakap-cakap”
    11/03/2009 1:01pm
    Sebagai seorang pelajar sekolah yang cemerlang mereka seharusnya mampu mengeluarkan pandangan, buah fikiran yang bernas maupun memberi kritikan yang membina dengan tujuan untuk menjana pemikiran yang kritis dan kreatif serta membina keperibadian dan ketrampilan diri yang unggul. Ia menjadi satu keperluan kepada diri pelajar sebagai satu persediaan bukan sahaja untuk melangkah ke peringkat pengajian yang lebih tinggi malah sebagai langkah penyuburan diri dalam karier masing-masing nanti.

    Pelajar Bijak
    04/03/2009 12:00pm
    Ramai dalam kalangan pelajar yang cuba membanding-bandingkan tahap pencapaian antara mereka. Dalam keadaan ini apabila prestasi seseorang itu tinggi, ia dianggap sebagai seorang pelajar yang "pandai", dan jika prestasi seseorang itu rendah ia dianggap sebagai seorang pelajar yang "bodoh".

    Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit
    25/02/2009 12:56pm
    Proses pembelajaran merupakan satu proses yang berlaku secara berterusan. Ilmu dan kemahiran diperolehi secara berperingkat mengikut tahap dan bidang tertentu yang terdapat pada kurikulum yang digubal. Sebagai contoh seseorang pelajar harus mengikuti proses pembelajaran di peringkat rendah selama 6 tahun dan diikuti dengan peringkat menengah selama 5 tahun.

    Drama sebagai kaedah pengajaran
    11/02/2009 4:30pm
    Dalam proses pengajaran dan pem­belajaran pelbagai kaedah di­guna­kan untuk memudahkan pemahaman serta menarik perhatian pelajar. Sebagai contoh media pengajaran yang dulunya dikenali sebagai alat bantu mengajar seperti carta, gambar foto, transparensi, persembahan mul­ti­media dan sebagainya digunakan dalam pengajaran. Ia berfungsi se­bagai saluran penyampaian mak­lumat pembelajaran

    Drama dalam proses pengajaran dan pembelajaran
    10/02/2009 1:07pm
    Drama sebagai genre dalam kesusasteraan mampu menyampaikan tema, plot, perwatakan dan mesej untuk dikaji melalui lakonan. Sesungguhnya drama adalah merupakan imitasi terhadap perlakuan dalam kehidupan manusia.

    Kesilapan: Pengalaman ke arah kejayaan
    14/01/2009 12:39pm
    Sebagai manusia yang penuh dengan kekerdilan, kesilapan sering dialami. Walaupun tiada siapa yang inginkan kesilapan, tetapi jika berlaku ia akan membawa keruntuhan dan kemusnahan dalam kehidupan. Kesilapan dalam tindakan, kesilapan dalam menentukan keputusan atau kesilapan dalam sesuatu perkara teknikal membawa padah bukan sahaja pada diri sendiri tetapi juga melibatkan keluarga dan masyarakat.

    Kursus Kaunseling USM Malaysia - Kaunseling

    KURSUS BIMBINGAN KAUNSELING















    PENGENALAN






































    Dalam cabaran dunia global masa kini, manusia berhadapan dengan pelbagai isu dan permasalahan yang mengganggu ketenteraman kehidupan seharian. Hanya individu mempunyai daya ketahanan diri yang kuat serta berkeupayaan dari segi fizikal, mental dan emosi akan mampu mengatasi segala cabaran ini. Untuk mencapai tahap ketahanan ini kita amat memerlukan bimbingan dan kaunseling bagi mengenali keupayaan sebenar diri kita dan mengeksploitasi segenap sudut dan situasi bagi kegunaan diri untuk mencapai kehidupan sejahtera dan membantu mewujudkan komuniti yang aman dan tenteram. Melalui kursus ini anda akan diperkenalkan dengan topik-topik yang komprehensif secara teori dan praktikal bagi mempertingkatkan keupayaan mengenali dan mendekatkan diri anda dengan persekitaran yang dapat membawa anda kearah kesejahteraan hidup.















    OBJEKTIF









































    Memperkenalkan teori dan kemahiran asas bimbingan dan kaunseling. Memahami proses kaunseling individu dan kelompok. Mempraktikkan teknik-teknik kaunseling individu dan kelompok.
















    SIAPA YANG PERLU SERTAI?

















































    • Individu / Ibubapa yang berminat
    • Guru sekolah rendah dan menengah
    • Kakitangan kerajaan atau swasta
    • Pelajar Institutsi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institutsi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)





    PENDAFTARAN

    Untuk mendaftar kursus ini anda perlu melengkapkan borang pendaftaran di sebelah dan sila hantarkan bersama-sama wang yuran pendaftaran kepada pihak:

    USAINS HOLDING SDN. BHD., (Universiti Sains Malaysia),

    di alamat seperti berikut:

























    KAEDAH PENYAMPAIAN










































    • Kuliah dan amali
    • Bengkel dan Simulasi
    • Main Peranan dan Latihan Dalam Kumpulan
    • Rakaman dan Tayangan Video
    • Perkhemahan dan Aktiviti Luar

    Reknik Pemulihan dan rawatan di Penjara Malaysia

    Pemulihan dan Rawatan

    Print

    1. PENGENALAN

    Bagi melicinkan program pemulihan dan rawatan, bahagian ini dibahagi kepada dua seksyen, iaitu Seksyen Pemulihan dan Seksyen Rawatan. Seksyen Pemulihan bertanggungjawab merangka dasar-dasar program pemulihan seperti pendidikan, kemahiran dan layanan terhadap banduan dan tahanan (penghuni). Sekysen Rawatan pula bertanggungjawab merangka dasar-dasar program rawatan seperti kesihatan, rawatan dan keagamaan terhadap penghuni penjara.

    2. SEKSYEN PEMULIHAN

    Salah satu peranan utama Jabatan Penjara Malaysia ialah memberi latihan pemulihan kepada penghuni semasa mereka menjalani hukuman supaya menjadi rakyat yang berguna dan bertanggungjawab apabila kembali ke pangkuan masyarakat. Bagi mencapai maksud tersebut berbagai aktiviti-aktiviti pemulihan telah dijalankan oleh unit-unit di bawah seksyen pemulihan.

    Seksyen ini mengandungi 3 seksyen utama iaitu :

    i. Seksyen Pembangunan Insan

    ii. Seksyen Layanan

    iii. Seksyen Kemahiran

    2.1 Seksyen Pembangunan Insan

    i. Unit Akademik

    Dalam bidang akademik, Jabatan Penjara telah berusaha memberi pendidikan kepada penghuni yang memerlukannya dengan menyediakan guru-guru akademik. Bagi penghuni yang tercicir dan berhajat untuk menyambung pelajaran, segala kemudahan akan disediakan oleh Jabatan Penjara bagi membantu golongan ini. Guru-guru kontrak dan guru-guru daripada jawatan kader Kementerian Pendidikan telah diambil bagi tujuan memberi khidmat menyambung pendidikan kepada para juvana dan banduan muda khasnya dan banduan umumnya.

    ii. Unit Sahsiah

    Berperanan untuk memastikan perjalanan program pembangunan insan berjalan mengikut garis panduan yang ditetapkan khususnya dalam Fasa I dan Fasa II. Disamping itu mengurus dan memastikan pesalah diagihkan dan diberikan aktiviti mengikut kecenderungan, masalah dan latarbelakang. serta memantau asas latihan dan praktikal pesalah.

    iii. Unit Integrasi

    Memastikan setiap penghuni yang menjalani hukuman mengikuti program pemulihan sepertimana yang ditetapkan, merancang program–program kemahiran hidup dalam bidang pembuatan, perkilangan, pembinaan, perladangan, pertanian, penternakan dan lain – lain yang boleh digunakan selepas dibebaskan. Menyelaras perlaksanan program oleh semua institusi penjara bagi tujuan mengeratkan semula jalinan kekeluargaan dan masyarakat. Menyelaras pelaksanaan program–program kemasyarakatan dalam usaha mewujudkan peluang kepada penghuni untuk menyumbang dan berbakti kepada masyarakat.

    2.2 Seksyen Layanan

    i. Unit Hak Asasi

    Bertanggungjawab memastikan layanan yang profesional berlandaskan nilai-nilai kemanusian secara adil dan saksama sebagai kor bisnes jabatan selain daripada penahanan, keselamatan dan pemulihan. Memastikan permelakuan ke atas setiap penghuni yang menjalani tempoh penahanan hingga dibebaskan berdasarkan keperluan yang ditetapkan dalam prisip layanan UNHCR dan seperti yang termaktub dalam akta dan peraturan penjara. Memastikan banduan diberi layanan sewajarnya berlandaskan maruah dan nilai kemanusiaan. Memastikan tiada diskriminasi terhadap perbezaan bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama dan fahaman politik dan lain-lain.

    ii. Unit Kebajikan

    Kehidupan manusia tidak pernah terlepas dari belenggu masalah, maka banduan-banduan yang tinggal di penjara juga menghadapi masalah-masalah yang sama. Di antaranya adalah masalah-masalah besar yang lazim dihadapi oleh mereka adalah masalah peribadi, keluarga dan majikan.

    Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab Jabatan Penjara bagi menguruskan hal-hal tersebut dengan sebaik mungkin. Dalam hal ini, pegawai-pegawai kebajikan samada diperingkat Ibu Pejabat ataupun di peringkat institusi diberi tanggungjawab untuk mengendalikan urusan penghuni dengan harapan akan memberi kesan positif terhadap banduan kerana sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan jiwa di kalangan banduan dan mempastikan pengurusan penjara berjalan dengan baik dan terkawal.

    2.3 Seksyen Kemahiran

    Memastikan pelaksanaan pembelajaran JPK, CIDB berjalan mengikut apa yang ditetapkan serta merangka program kemahiran kepada banduan Juvana dan banduan muda.

    3. SEKSYEN RAWATAN

    Merawat dan memulihkan kecergasan jasmani, rohani dan psikologi banduan dan tahanan supaya mereka dapat kembali menjadi warganegara yang produktif dan bertanggungjawab. Ianya juga mewujudkan persekitaran yang sihat dan bebas dari gejala dadah di dalam penjara supaya banduan/tahanan/penghuni dapat menjalani kehidupan yang normal.

    Seksyen ini mengandungi 3 seksyen utama iaitu :

    i. Seksyen Kesihatan

    ii. Seksyen Rawatan

    iii. Seksyen Agama

    3.1 Seksyen Kesihatan

    Pengurusan kesihatan di dalam sesebuah institusi penjara merupakan salah satu aspek yang perlu diberi perhatian. Keadaan fizikal penghuni penjara yang sihat dan persekitran yang bebas dari wabak penyakit turut menyumbang ke arah mengekalkan ketenteraman dan keselamatan di dalam sesebuah penjara. Kemudahan klinik di dalam penjara, doktor panel dan pembantu perubatan di penjara adalah untuk memberi perkhidmatan rawatan segera sementara mendapatkan rawatan selanjutnya oleh pihak hospital luar sekiranya perlu.

    Pengurusan Banduan HIV/AIDS

    Bagi penghuni penjara pembawa virus HIV ataupun pengidap HIV/AIDS, pengurusan penghuni HIV/AIDS di penjara pada dasarnya berpandukan garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, sama ada dari aspek penjagaan kesihatan mereka mahu pun dalam aktiviti kawalan jangkitan. Bagi semua penghuni yang dikesan sebagai pembawa virus HIV positif akan ditempatkan di bangunan khas, berasingan dari penghuni yang tidak dijangkiti virus HIV, dengan mengambil kira kepentingan kesihatan penghuni lain (kawalan jangkitan). Walaubagaimana pun pengasingan ini lebih bertumpu pada waktu malam hari (tidur), pada waktu siang mereka dibenarkan melibatkan diri dalam aktiviti harian dalam program pemulihan dengan syarat-syarat tertentu, seperti tidak dibenarkan bekerja di dapur, bengkel yang menggunakan peralatan tajam, sukan lasak dan aktiviti lain yang boleh menyebabkan kecederaan.

    3.2 Seksyen Rawatan

    i. Unit Anti Dadah

    Ujian Pengesanan Dadah

    Pada dasarnya Jabatan Penjara Malaysia sangat memandang serius terhadap masalah penyeludupan dan penagihan dadah di dalam penjara. Antara strategi untuk menangani masalah ini ialah operasi ujian air kencing mengesan kandungan dadah. Hasil pengesanan dadah dalam air kencing dijadikan sebagai petunjuk, berlakunya kegiatan penyeludupan dan penagihan dadah dalam penjara, maklumat pengesanan dadah akan digunapakai untuk tujuan tindakan 'pemulihan' mengikut Peraturan Penjara dan Akta Dadah. Tindakan disiplin akan dikenakan ke atas banduan atau mana-mana kakitangan yang terlibat.

    ii. Unit Kaunseling

    a. PERKHIDMATAN KAUNSELING JABATAN PENJARA MALAYSIA

    PENGENALAN :

    · Perkhidmatan Kaunseling di Jabatan Penjara Malaysia bermula dengan daya usaha Ketua Pengarah Penjara Malaysia Y. Bhg. Dato Ibrahim bin Hj. Mohamed memperkenalkan perkhidmatan ini pada penghunjung 1980.

    · Tenaga pengajar seramai dua orang pakar kaunseling daripada Amerika dibawah The Bureau For The International Narcotics and Law Enforcement (INL) US Department of State telah didatangkan khas untuk memberikan latihan khusus kepada Pegawai – pegawai Penjara dalam bidang Kaunseling.

    · Kursus selama satu tahun secara berperingkat sebanyak tiga siri telah dijalankan melibatkan seramai 169 orang Pegawai Penjara. Pada 16.05.1981 pegawai – pegawai yang telah dilatih mula mempraktikan perkhidmatan kaunseling kepada program pemulihan banduan

    · Hingga kini ada diantara pegawai – pegawai tersebut telah melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat Diploma dan Ijazah Kaunseling di Universiti Kebangsaan Malaysia dan lain – lain pusat pengajian tinggi.

    · Aktivti Kaunseling yang dijalankan meliputi :

    1. Kaunseling Individu

    2. Kaunseling Kelompok

    3. Kaunseling Keluarga

    b. TC DI JABATAN PENJARA MALAYSIA

    Pada tahun 1990, seorang pegawai kanan Jabatan Penjara Malaysia iaitu ketika itu Penolong Penguasa Penjara Amir Shariffuddin Bin Abd. Majid, telah dihantar berkursus selama satu (1) tahun di Parksville Facility, DAYTOP VILLAGE INTERNATIONAL, New York , U.S.A. di dalam mempelajari kaedah program ‘self-help’ iaitu Program Therapeutic Community (TC). Sekembalinya beliau dari kursus tersebut, satu kertas cadangan telah dibuat untuk menjalankan program TC di sebuah institusi sebagai projek percubaan. Pada 01 September 1992 sebuah institusi telah dipilih untuk menjalankan projek percubaan tersebut iaitu di Penjara Pusat Selangor ( RPD ). Projek percubaan ini dimulakan dengan 43 orang banduan. Setelah dua tahun berjalan didapati projek percubaan ini berjaya dan mendapat maklum balas yang positif dari orang banduan yang mengikutinya. Kini terdapat sebanyak 13 buah institusi penjara menjalankan Modul Pesalah Dadah kaedah Therapeutic Community dan sejak dilaksanakan pada tahun 1992 seramai 4,391 penghuni telah mengikuti program ini. Seramai 11 pegawai penjara telah dilatih di DAYTOP Village International, New York di dalam bidang ini pada masa kini. Keberkesanan kaedah Therapeutic Community di dalam merawat pesalah dadah di dalam Jabatan Penjara Malaysia sejak ditubuhkan sehingga tahun 2002 secara keseluruhannya adalah sebanyak 76.5%.

    MATLAMAT MODALITI TC

    Matlamat pemulihan TC berasaskan kepada beberapa teras utama. Di antaranya seperti berikut :

    i) Mengarahkan dan membentuk penagih – penagih dadah kepada autonomi supaya dapat berdiri di atas kaki sendiri.

    ii) Membantu penagih – penagih mencapai tahap kedewasaan dan boleh bertanggungjawab serta tahu erti kata sebenar siapa mereka , apa yang dikehendaki dan ke mana arah tujuan hidup.

    iii) Melatih menghormati dan sensitif kepada perasaan sendiri dan orang lain yang ianya berkait rapat dengan pemikiran dan tingkahlaku terutama yang membawa kepada kemudaratan diri

    iv) Mengurangkan pemusatan diri atau menggambarkan diri yang sentiasa kalah (self – defeating outlook) dan seterusnya kepada penampilan kendiri yang lebih baik dan realistik

    v) Memeriksa dan membantu penagih – penagih dadah menukar beberapa kepercayaan atau nilai asas (basic values) terutama nilai – nilai yang tidak rasional yang boleh menyebabkan gangguan minda kepada yang lebih rasional dan produktif.

    vi) Melatih penagih – penagih berkonfrontasi tanpa alasan sesama mereka.

    Kesimpulannya, matlamat di atas menjurus kepada objektif Jabatan Penjara iaitu memulih akhlak dan mengubah sikap penagih – penagih supaya mereka dapat kembali ke pangkuan masyarakat sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan produktif.

    KONSEP PEMULIHAN TC PENJARA MALAYSIA

    Modaliti TC Penjara Malaysia mempunyai ciri – ciri yang tersendiri. Keberkesanan dan kekuatan TC terletak pada konsep pemulihannya yang lebih tertumpu kepada aspek psikologi. Di antara konsep – konsepnya ialah :

    · Berorientasikan keluarga / famili

    · Melalui pengalaman hidup yang sebenar semasa didalam proses rawatan dan pemulihan

    · Penghuni saling bekerjasama dan membantu antara satu sama lain

    · Mengenal dan menjalin antara perasaan (feelings), pemikiran (thoughts) dan tingkahlaku (behaviour) seterusnya berusaha mengubah gaya hidup lama kepada gaya hidup yang lebih produktif

    · Konfrontasi di antara sesama penghuni dan kakitangan . Setiap kakitangan dan residen sebagai “role model”

    · Penggunaan “Tools Of The House” yang seragam di semua fasiliti TC. Ianya merupakan alat bagi memodifikasikan tingkahlaku penghuni. Alatan tersebut amat penting bagi residen mencapai explorasi dan penemuan kendiri (self exploration, self – discovery) dan seterusnya mencapai tahap “self - mastery”.

    Empat (4) komponen TC yang penting iaitu :

    i) Pengurusan Modifikasi Tingkahlaku

    ii) Perkembangan Emosi dan Psikologi

    iii) Perkembangan Intelektual dan Kerohanian

    iv) Perkembangan Kemahiran Vokasional dan Kemahiran Hidup (Survival Skills)

    3.3 Seksyen Agama

    Tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan banduan melakukan kesalahan kerana mereka mempunyai didikan akhlak yang rendah. Ketiadaan kekuatan akhlak dan pendidikan agama yang teguh menyebabkan mereka tiada pedoman dan tidak teragak-agak untuk melakukan kesalahan. Menyedari hakikat bahawa pendidikan agama adalah merupakan unsur penting dalam program pemulihan, maka pendidikan agama telah disediakan mengikut agama yang mereka anuti disediakan seperti pengajaran dan pendidikan agama Islam, agama Kristian, agama Hindu dan Buddha. Penceramah-penceramah dan guru-guru agama yang berkelayakan juga dipilih untuk memberi ceramah kesedaran secara berjadual dan berterusan demi mengembalikan akhlak mereka.

    VISI PENCEGAHAN

    VISI KAUNSELING


    About This Blog

    KAUNSELOR ANDA:
    Cr. Mohamad Hassan
    BA Hons Pysch [UKM]
    MA Psych [UUM]

    [Kaunselor Berdaftar / Pentauliahan Professional]
    No Tel Personal: 019-6676816

    { Registered Counselor }
    HEAD OFFICE:
    No: 16 Jalan Khatib
    84000 Muar
    Johor
    Tel/Fax: 06-9537939 {Treatment Centre}
    Tel/Fax: 06-9532141 {Acct. / Finance Dept}

    Persatuan Kaunseling Malaysia ~ Perkama

    SENARAI RAWATAN YG DITAWARKAN.


    Pelbagai manfaat boleh anda perolehi di sini:

    RAWATAN KESIHATAN MENTAL

    RAWATAN PEMULIHAN DADAH MELALUI KAUNSELING

    RAWATAN KESIHATAN MENTAL GANGUAN / TRAUMA / PHOBIA

    RAWATAN KAUNSELING UNTUK ORANG TUA DEWASA SERTA KANAK KANAK

    KAUNSELING PERIBADI ONLINE SECARA PROFESSIONAL

    KAUNSELING SECARA BERKUMPULAN / GROUP SERTA SEMINAR-SEMINAR TEMPAHAN.

    KAUNSELING UNTUK PELAJAR DAN PENUNTUT SEKOLAH SERTA UNIVERSITI

    KAUNSELING PROSPEKTIF MASA DEPAN SERTA KERJAYA

    PERHATIAN: Terdapat pelbagai lagi perkhidmatan yg disediakan khusus oleh pengamal professional oleh CR. Mohamad Hassan sendiri secara langsung dan mengenai bayaran perkhidmatan adalah ditetapkan menurut jadual yg disediakan menjamin keputusan positif kejayaan kaunseling yg amat cemerlang tinggi sudut kejayaannya.

    <<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

    > Tahap kesihatan terunggul

    > Ilmu untuk eksplorasi diri sendiri

    > Formula/Selok-belok rahsia kejayaan tanpa had

    > Keupayaan mengatasi halangan dalam kehidupan

    > Kaedah pemudahcara berkomunikasi dan berdoa

    > Ujian/Kegagalan dalam hidup yang ditempuhi dapat ditukar menjadi rahmat dan keberkatan yang amat luarbiasa

    > Kehidupan tanpa kekecewaan sebaliknya keredhaan

    TRAFFIC ORIGINATED FROM ALL OVER THE WORLD - DO JOIN US

    Country Page Views for Map Area:


    United States United States [29%]

    Indonesia Indonesia [9%]

    United Kingdom United Kingdom [7%]

    Netherlands Netherlands [5%]

    Brazil Brazil [5%]

    Malaysia Malaysia [4%]

    Germany Germany [4%]

    Argentina Argentina [4%]

    Romania Romania [3%]

    Spain Spain [3%]

    Portugal Portugal [2%]

    Turkey Turkey [2%]

    Sweden Sweden [2%]

    Italy Italy [2%]

    Mexico Mexico [2%]

    Hungary Hungary [2%]

    France France [2%]

    Belgium Belgium [1%]

    South Africa South Africa [1%]

    Canada Canada [1%]

    Finland Finland [1%]

    Bulgaria Bulgaria [1%]

    El Salvador El Salvador [1%]

    Guadeloupe Guadeloupe [1%]

    India India [1%]

    Poland Poland [1%]

    Peru Peru [1%]

    Ukraine Ukraine [1%]

    Slovakia Slovakia [1%]

    Chile Chile [1%]

    Sikap orang yang berjaya

    • Mengubah kelakuan sendiri
    • Bekerja keras dan punya masa
    • Tahu bila mahu bersikap tegas dan mengalah
    • Menghormati orang lain dan sanggup belajar dari orang lain
    • Menggunakan masa untuk maju
    • Penekanan terhadap kemungkinan / (peluang)
    • Menerima pendapat orang lain

    Sikap orang yang gagal

    • Cuba mengubah kelakuan orang lain
    • Terlalu sibuk membuat apa yang patut
    • Mengalah bila disoal dan mempertahankan perkara yang tidak penting
    • Tidak mahu melihat kelebihan orang lain cuma terhadap kelemahan mereka
    • Gunakan masa untuk mengelakkan kritikan
    • Penekanan terhadap masalah
    • Tidak mahu menerima pendapat orang lain

    Hubungi Melalui E-mel dan Post-Mail

    To contact us just fill out this form.

    Your Name:

    Your Telephone Number:

    Your Email Address:

    Questions on drug abuse

    Please contact me by: Email Telephone

    WORLDWIDE TELEVISION link TV

    Link TV ... World and United States TV

    News TV: CNN | ITN News | France24 English | France24 French | Deutsche Welle english | CNN+ Spain| NBC News | Sky News UK | BBC 24 Headlines | BBC2 NewsNight | BBC Ten O'Clock | CNN | BBC | Reuters | ABC News | CBS News | NBC | Forbes | Yahoo News | CNN | BBC | Reuters | ABC News | CBS News | NBC News | NBC News | Fox News | Forbes Sport TV: ESPN Hong Kong | CCTV-5 | Eurosport | Eurosport | ESPN | LIVE TV ONLINE TV watch tv free tv world TeleSport | Bundesliga | BigPond Sport | BigPond Rugby | Sportal | NBA | MLB Baseball | WHL Hockey | MTB Cut | Deluxe Snow | Martial Arts | High Extreme | Sail | NBA Videos | TSN Hockey Music TV: MTVU | TMF | Deejay | LIVE TV ONLINE TV watch tv free tv worldVH1 | BigPond Music | Ministry of Sound | Sunvibz | DJ NetworkE-music | TunespoonAfricaHit | RTV | Soleil | Clipland | Tropical Cybertika | JC | Tiscali | KribEvolving Artist | Classic Arts | Alternative | Yahoo Music | Singingfool Cartoons TV: LIVE TV ONLINE TV watch tv free tv world Jetix | CartoonsC | Cartoons Movies TV: LIVE TV ONLINE TV watch tv free tv world AXN | LIVE TV ONLINE TV watch tv free tv world MGM | LIVE TV ONLINE TV watch tv free tv world Hallmark | LIVE TV ONLINE TV watch tv free tv world ProCinema | Black Belt TV | WS Movies | Science Fiction | Thriller | Western | Variety | Indy | Movies Movie | Maxx Movie Trailers | Roo Movie News | Roo Movie Trailers | Comedy | Drama | SciFi | Crime | Mistery | Horror | Classics1 | Comedy1 | Sci-Fi and Horror | IndyReels | Classics | Comedy | Adventure | Western Games TV:CTV Games | WP Games | PG24 | Arena | ROO Games Previews | ROO Games ReviewsROO Games News | eSport | GameTrailers | Eurogamer | Gamevideos | Funny TV: Caught On Video | The Lol | StupidVideos Entertainment TV: Now | ETV | Canned | Channel 125 | Mania | Roo | Veoh | WorldArt | Art | TheTime Celebrities TV: E! Entertainment | TMZ Paparazzi | TMZ Celebrities | Britney Spears news | BBC Showbiz Lifestyle TV: Lifestyle | Baby Fashion TV: Fashion | Fashion Guide Education TV: LIVE TV ONLINE TV watch tv free tv world Discovery | LIVE TV ONLINE TV watch tv free tv worldAnimal Planet | Supreme Master | Earth | Frontier | Annenberg | SCC | NASA 1 | NASA 2 | NASA 3 | Discovery Channel | National Geographic | National Geographic Channel | History Channel Travel TV: GlobeTrekker | Liberty | Holiday | LastMinute | Thomson | WorldMade | Travelistic Video Search: Video Search Poker TV: Poker Adult TV: Adult | |

      © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

    Back to TOP