Kata kata Aluan oleh Pengasas Kaunseling MORA
KAUNSELING ONLINE
KAUNSELING KHUSUS PENAGIHAN DADAH/ALKOHOL
KAUNSELING INDIVIDU
KAUNSELING REMAJA
KAUNSELING KERJAYA
KAUNSELING PERKAHWINAN
KAUNSELING KELUARGA
KAUNSELING KELOMPOK/GROUP
SEMINAR KAUNSELING
Cr Mohamad Hassan mempunyai pengalaman luas dalam bidang kaunseling penagihan dadah dan penagihan penagihan lainnya seperti alkohol dan ubat batuk, menghidu gam dan tingkah laku luar biasa ekoran gejala sosial seperti bohsia dan mat rempit.
Hampir 70 peratus rekod menunjukkan segala permasalahan diatas berjaya dipulihkan secara peribadi leh Cr. Mohamad Hassan dengan kos yang tidak menekan tinggi malah berpatutan murah.
Jangan ragu ragu untuk memulakan langkah anda sekarang mengambil jalan mudah pemulihan bersama kaunselor anda Cr Mohamad Hassan atau memberitahu rakan rakan serta keluarga dan saudara mengenai wujudnya perkhidmatan ekslusif yang disediakan ini.
Langkah pertama pemulihan bermula dengan anda dan dari response yang diterima serta program terancang beserta ''backup'' pelbagai lagi badan juga instrument sokongan yg menanti anda yang menyertai program kaunseling bersama Cr Mohamad Hassan maka kejayaan sudah dalam genggaman anda.

PENGUMUMAN oleh Pengasas
Pengamal Professional anda Cr. Mohamad Hassan akan menulis secara harian berturutan di blog ini yg di update daily. Diharap pengunjung dapat memberi kerjasama dengan memberikan komen [comment] di ruangan bawah ikon comment bagi blog ini.
Cr. Mohamad Hasan akan membuat folow-up terhadap komen yg dibuat atau untuk memudahkan runding-cara boleh juga dilakukan di ruangan shout-box yg tersedia.Sekian Terimakasih
Tuesday, April 7, 2009
RAWATAN DAN PEMULIHAN PENAGIH DADAH: JANGAN MENIRU KEGAGALAN PENCEGAHAN - AADK Sebuah pandangan ikhlas
RAWATAN DAN PEMULIHAN PENAGIH DADAH: JANGAN MENIRU KEGAGALAN PENCEGAHAN
Sebenarnya program rawatan dan pemulihan penagih dadah yang dilaksanakan oleh AADK kini mendekati pintu kegagalan. Hanya mungkin pintu kegagalannya tidak separah program pencegahan. Begitu sifat nya secara semula jadi bahawa program rawatan dan pemulihan itu sendiri kini perlu di rawat dan dipulihkan. Program rawatan dan pemulihan dilahirkan kerana adanya penagih yang perlu dirawat dan dipulihkan. program ini dilahirkan mengikut zaman dan manusia nya. Ia juga dibangunkan mengikut keparahan penagih disekitar zamannya itu. Di luar negara pendekatan rawatan dan pemulihan telah melalui perubahan dan pendekatan. Ia termasuk kaedah penggunaan dadah gantian untuk merawat dan memulihkan ketagihan dan kebergantongan kepada sesuatu jenis dadah. Kita juga rasanya perlu kepada perubahan itu. Antara sebab sebab program ini mendekati pintu kegagalannya adalah berasaskan andaian berikut:
1. kita agaknya masih selesa dengan pendekatan lama dan tidak mahu berubah. Kalau pendekatan pencegahan sudah hampir jadi tukun; maka pendekatan rawatan dan pemulihan ini pula sudah jadi busut jantan yang dipenuhi anai anai;
2. pengurusan tertinggi AADK rasanya tenggelam punca dan lemas kerana ingin cepat mengetepikan strategi yang mereka sama-sama bina. Difahamkan AADK telah merencanakan proses rawatan dan pemulihan dari hari pertama seorang penagih tertangkap dan dilokap hinggalah ia melalui program pengawasan setelah dipulihkan di pusat serenti atau penjara. Professor yang di pinjam dari IPTA untuk merealisasikan strategi itu telah gagal menghasilkan apa apa pendekatan setelah melalui tempuh pinjaman lebih dari setahun. Difahamkan dia hanya perlu melaksana dan monitor program rawatan dan pemulihan yang telah dibina itu. Melaksanakannya mengikut strategi yang di tetapkan. Dia gagal.;
3. bahagian R&D AADK tidak berfungsi menghasilkan kajian impak dan pendekatan rawatan dan pemulihan yang yang lebih mengikut kehendak masa. Ada dua sebab kemungkinan kenapa ini berlaku. Pertama kerana ia dipimpin oleh pegawai PTD yang JPA dah tak tau nak letak mana. Kedua kerana dia berkiblat kepada ketua yang salah. Dia sepatutnya bertanggungjawab kepada Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan, tapi berkiblatkan kepada yang satu lagi. Tidak boleh di salahkan sangat pegawai PTD ni kerana dia sendiri pun terkejut beruk masih ada tempat bekerja tidak di simpan dalam kolam oleh JPA sementara menunggu tarikh persaraannya yang disambung dua tahun lagi. Dalam konteks ini JPA meneruskan kebebalan nya apabila tidak melihat tugas di AADK ini sebagai penting memerangi musuh utama negara dengan terus meletakkan pegawai yang dah lemah semangat macam penagih dadah di agensi ini. Tidak cukup begitu, pernah diceritakan kepada penulis bagaimana JPA meletakkan seorang pengarah negeri yang suka buat concert untuk dirinya sendiri di AADK;
4. pengarah rawatan dan pemulihan yang penulis ketahui adalah seorang yang sangat berpengalaman. Tapi kata pegawai bawahannya dia mempunyai penyakit kronik asyik menghasilkan kertas kerja yang tidak pernah di laksana malah oleh beliau sendiri. Dia lebih selesa duduk di pejabat dan tidak melakukan tugas yang lebih berkesan di pusat serenti atau di pusat pusat khidmat di daerah. Dia tidak ambil pusing apa yang berlaku di pusat serenti dan daerah selagi mereka tidak mengganggunya dari hobi menulis kertas;
5. program rawatan dan pemulihan di pusat serenti dan pusat khidmat kata sesetengah pegawai yang nyata kecewa dilaporkan tidak berfungsi lagi . Komandan lebih senang melihat dan memerhati dari melaksana program. Satu berita menarik yang terdengar baru baru ini ialah apabila berlaku kelarian di pusat serenti Tampin pada jumlah yang besar, Professor dan pengarah rawatan dan pemulihan yang bertanggongjawab kepada pusat serenti tidak menjengok pun. Sedangkan mereka dalam perjalanan balik dari Kota Tinggi yang tentunya melintasi Tampin. Pada pendengaran penulis dari sosek -sosek pegawai AADK, semasa di bawah ketua pengarah yang lama; kalau berlaku kelarian maka komandan pusat berkenaan akan menghadapi torture chamber di pejabat ketua pengarah. Sekarang ketua pengarah hanya sebuk minta buat laporan kata mereka. tentunya untuk makluman KSU;
6. rasanya ramai pengarah negeri yang kecewa dengan pengurusan tertinggi AADK kini; tidak lagi mahu bertungkus lumus melaksana program pemulihan dalam komuniti atau di pusat khidmat. Dari berita kedai kopi di Johor Baharu; penulis tercium bau bagaimana pengarah negeri berkenaan hampir menitis air mata bila usahanya membangun program therapi kerja di pusat serenti dan pusat khidmat di beberapa daerah hanya menjadi bahan ketawa pengurusan hari ini. KP terlupa dia bukan lagi YDP majlis bandaran klang, apabila mahu melihat title tanah, plan bangunan dan CF bangunan sementara di tapak pusat khidmat yang dibina dengan peluh dan air mata bekas penagih dan sokongan beberapa orang rakan kontraktor kelas F bekas KP yang lalu. Menurut seorang pegawai AADK di ibu pejabat bahawa tapak tanah pusat khidmat di JB itu diperolehi dengan bantuan KPTG yang menjadikan pusat khidmat itu sebagai anak angkat pejabat KPTG. Segala usaha itu malangnya kalau betul berita yang tersebar ini amat mendukacitakan. Hasrat nak membawa menteri melawat ke situ terhalang oleh sikap dan pandangan pengurusan hari ini.
Kesimpulannya; saya hanya ingin memetik apa kata kp yang baru bersara yang saya temui dan diperkenalkan oleh seorang rakan di hotel concorde baru baru ini. Beliau kelihatan ceria dan asyik sekali bersembang dengan rakan rakan beliau. Bila saya tanyakan pandangan beliau tentang AADK hari ini, pandangan beliau ialah........."pemimpin dalam perkhidmatan awam khsusnya; patut dinilai dari perubahan kearah kebaikkan yang diperkenal dan dilaksanakannya. Tentu ada perancangan yang tak sempat saya laksanakan dan itu hak dan peluang kp hari ini untuk mengambil kesempatan membawa perubahan. Hanya perubahan itu rasional atau tidak atau ada udang di sebalik batu, itu soal lain. Saya harap dia akan memimpin AADK ke mercu yang lebih tinggi. Hanya dia jangan silap memilih penasihat. Nanti tak sampai kemana". Apa yang tersirat dari pernyataan itu akan penulis cuba memahami nya demi menggapai bersama visi negara pada tahun 2015.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam encik mohamad hassan, saya dikehendaki menjalankan satu program di pusat serenti di kedah iaitu PUSPEN sungai petani. sy merupakan pelajar pendidikn bimbingan dan kaunseling di UPSI.sy dan ahli kumpulan bercadang utk menjalankan aktiviti yang menerapkan kemahiran asertif kepada sampel yg bakal kami handle..sy ingin meminta pendapat encik ttg cadangan tersebut dan sy berbesar hati sekiranya encik boleh membantu sy dari aspek perlaksanaan aktiviti. maksud sy mungkin encik boleh tunjukkan cth perlaksanaannya...sy menunggu jawapan dari pihak encik
ReplyDeleteni emel sy - jedda_mus@yahoo.com
terima kasih..