Saya merujuk kepada lapuran yang mengatakan:
"semalam Timbalan Perdana Menteri dilapor menafikan jumlah belia yang menagih dadah sehingga mencecah sejuta orang, walau pun wujudnya penagih yang tidak dapat dikesan.
Beliau dikatakan terkejut dengan jumlah tersebut sambil berkata, angka rasmi penagih dadah yang dikeluarkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi tempoh 1988 hingga 2005 ialah 289,763 orang."
Kalau TPM seorang doktor, dia tidak akan terkejut. Dari segi ilmu perubatan, bagi setiap penagih yang disahkan, terdapat 10 lagi yang bebas keliaran dalam masyarakat.
Jadi mengikut ilmu perubatan, jumlah sebenar penagih dadah di Malaysia, ialah 2,897,630!!!
Ini tidak menghairankan. Masalah penagihan dadah sudah sampai ke tahap wabak di selurh dunia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengaku kalah untuk mengatasi masaalah ini. Sudah tidak ada harapn lagi, melainkan kembali kepada Islam.
Penagihan dadah adalah manifestasi kepada tahap tekanan dalam hidup manusia. Kian tinggi tekanan hidup, kian mewabak penagihan dadah.
Tekanan hidup ialah sunattullah. "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah" (Al Balad 90:4)
Dan "Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan." (Al Balad 90:10)
Nabi Muhammad saw telah memilih jalan benar, iaiatu Islam, untuk menyelesaikan masalah wabak penagihan dadah arak, masalah penagihan nombor satu dalam sejarah manusia setiap zaman.
Dalam masa 23 tahun penagihan arak sebagai satu wabak terhapus dalam masyarakt Arab.
Kejayaan sama berlaku di kalangan belia di Palestine dan di Afghanistan di abad ke 20 bila pihak tertentu mengamal petunjuk ALlah.
Manusia 'moden yang sudah sampai ke bulan' memilih jalan satu lagi dan selepas 30 tahun bertarung, wabak penagihan dagah terus merebak, membawa bersamanya kesan sampingan seperti HIV, AIDS, berbagai jenayah fizikal dan sexual, keruntuhyan akhlak dan kehancuran masyarakt dll.
Namun, manusia , termasuk kerajaan Malaysia, masih berkeras tidak mahu menerima petunjuk Allah seperti yang dilaksanakan oleh Nabi saw, dan terus dengan cara-cara yang terjamin kegagalannya.!!!
Tunggulah kehancuran kita semua!
Wallah hua'lam.
No comments:
Post a Comment