Kesan Hidu Gam
...
menggigil...kejang
Kaunseling Mora melakukan pengkhususan dalam siri kaunseling pemulihan dan rawatan pelbagai jenis penagihan. Sila layari seterusnya.
Over 20 million Americans are classified with alcohol and drug dependency each year. With more than nine percent of the population seeking counseling and/or treatment for substance abuse, the demand for substance abuse counselors remains high.
Substance abuse counseling is arguably the most challenging career choice for mental health counselors. People suffering from drug and alcohol problems are likely to have other behavioral or mental health issues, and the likelihood of relapse during a person's lifelong treatment is a harsh reality.
Nevertheless, the field can be rewarding, and jobs for substance abuse counselors are available in many areas:
Pelbagai manfaat boleh anda perolehi di sini:
RAWATAN KESIHATAN MENTAL
RAWATAN PEMULIHAN DADAH MELALUI KAUNSELING
RAWATAN KESIHATAN MENTAL GANGUAN / TRAUMA / PHOBIA
RAWATAN KAUNSELING UNTUK ORANG TUA DEWASA SERTA KANAK KANAK
KAUNSELING PERIBADI ONLINE SECARA PROFESSIONAL
KAUNSELING SECARA BERKUMPULAN / GROUP SERTA SEMINAR-SEMINAR TEMPAHAN.
KAUNSELING UNTUK PELAJAR DAN PENUNTUT SEKOLAH SERTA UNIVERSITI
KAUNSELING PROSPEKTIF MASA DEPAN SERTA KERJAYA
PERHATIAN: Terdapat pelbagai lagi perkhidmatan yg disediakan khusus oleh pengamal professional oleh CR. Mohamad Hassan sendiri secara langsung dan mengenai bayaran perkhidmatan adalah ditetapkan menurut jadual yg disediakan menjamin keputusan positif kejayaan kaunseling yg amat cemerlang tinggi sudut kejayaannya.
<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
> Tahap kesihatan terunggul
> Ilmu untuk eksplorasi diri sendiri
> Formula/Selok-belok rahsia kejayaan tanpa had
> Keupayaan mengatasi halangan dalam kehidupan
> Kaedah pemudahcara berkomunikasi dan berdoa
> Ujian/Kegagalan dalam hidup yang ditempuhi dapat ditukar menjadi rahmat dan keberkatan yang amat luarbiasa
> Kehidupan tanpa kekecewaan sebaliknya keredhaanUnited States [29%] | ||
Indonesia [9%] | ||
United Kingdom [7%] | ||
Netherlands [5%] | ||
Brazil [5%] | ||
Malaysia [4%] | ||
Germany [4%] | ||
Argentina [4%] | ||
Romania [3%] | ||
Spain [3%] | ||
Portugal [2%] | ||
Turkey [2%] | ||
Sweden [2%] | ||
Italy [2%] | ||
Mexico [2%] | ||
Hungary [2%] | ||
France [2%] | ||
Belgium [1%] | ||
South Africa [1%] | ||
Canada [1%] | ||
Finland [1%] | ||
Bulgaria [1%] | ||
El Salvador [1%] | ||
Guadeloupe [1%] | ||
India [1%] | ||
Poland [1%] | ||
Peru [1%] | ||
Ukraine [1%] | ||
Slovakia [1%] | ||
Chile [1%] |
PERGERTIAN KAUNSELING
Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris "counselling" yang boleh difahami oleh semua orang, tetapi mereka mungkin memahaminya dalam pergertian yang berbeza. Dalam pengertian yang luas, sebenarnya setiap orang terlibat dalam aktiviti kaunseling baik secara langsung atau tidak langsung, terutamanya ibu bapa, guru, pemimpin agama, peguam, doktor, jururawat dan juga semua yang terlibat dengan proses mendidik dan kebajikan masyarakat.
Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan aktiviti rundingcara sesama mereka. Kaunseling merupakan kebolehan seseorang menolong orang lain untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup di dunia. Apa yang ketara kaunseling merupakan alat asas bagi kebanyakan profesional. Secara amnya dapat dikatakan bahawa konsep kaunseling diamalkan di dalam bidang pendidikan, perubatan, agama, kemasyarakatan, pemulihan, perkahwinan dan keluarga.
Kaunseling sebagai satu profesion mempunyai asas yang saintifik dan objektif daripada bidang psikologi, sosiologi, psikiatri, antropologi dan falsafah. Ia tumbuh dan berkembang hasil daripada dapatan penyelidikan tentang perkembangan sahsiah manusia serta teori-teori pembelajaran. Di samping itu, ia juga berkembang daripada situasi, faktor atau keadaan yang kurang saintifik dan kurang objektif. Ini berdasarkan kepada kepercayaan:
Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya. Kaunseling juga ialah proses pertemuan interaksi bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien yang mengakibatkan berlaku perubahan pada klien.
Kaunseling bukanlah bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diri dengan masyarakat, tetapi ia menolong klien memahami dirinya yang sebenar – apa kelebihan dan kekurangannya; apa yang boleh dilakukan dengan mudah; apa yang boleh dilakukan tetapi menghadapi masalah dan apa yang tidak boleh dilakukannya langsung.
Kaunseling dirujuk sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untuk meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan atau masalah baginya. Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran tentang diri dan situasinya serta pilihan-pilihan yang ada padanya. Proses ini diharap akan dapat menolong klien itu mengesan halangan-halangan dan mengenal pasti bakat atau kebolehannya untuk hidup dengan lebih sempurna.
Kesimpulannya, kaunseling merupakan proses pertolongan. Melalui proses ini, klien dibimbing membuat keputusan sendiri. Asas bagi proses ini ialah perhubungan antara kaunselor dengan klien atas dasar bahawa kesan perhubungan itu akan menyebabkan klien berubah.
TUJUAN KAUNSELING
Para profesional di bidang kaunseling dan psikoterapi mempunyai pendapat yang berbeza tentang kaunseling dan psikoterapi. Kaunseling mempunyai dua jenis tujuan, iaitu tujuan proses dan tujuan terakhir. Tujuan atau matlamat proses merupakan yang ingin dicapai dalam masa yang singkat. Tujuan proses terus melibatkan klien di dalam proses kaunseling sehingga kaunselor dan klien bersetuju bahawa klien tidak lagi memerlukan perkhidmatan lanjut. Untuk mencapai tujuan proses ini, pertemuan awal sangatlah penting kerana sekiranya klien tidak merasa selamat atau tidak percaya dengan kaunselornya, maka dia tidak akan mahu meneruskan proses dan perhubungan kaunseling tersebut.
Tujuan terakhir mementingkan hasil atau kesan perkhidmatan kaunseling dalam jangka masa yang panjang. Tujuan terakhir adalah perubahan atau perkembangan yang akan dialami oleh klien hasil daripada perkhidmatan kaunseling. Di antara konsep yang diutamakan ialah kesedaran kendiri, penyuburan kendiri, individu yang berfungsi sepenuhnya dan kesejahteraan kendiri. Tujuan terakhir merupakan persoalan yang dihadapi oleh manusia dan tidak terhad kepada individu yang mempunyai masalah sahaja, bahkan merupakan tujuan setiap manusia yang ingin hidup dengan lebih bermakna, berfungsi dengan sepenuhnya bergerak dan dinamik.
Lima tujuan kaunseling iaitu:
Kaunseling mementingkan perubahan yang tertentu tetapi keseluruhan perubahan pada diri seseorang individu itu hingga menyebabkan dia merasa sejahtera. Objektif kaunseling yang utama ialah untuk memberi inspirasi kepada klien bagi menilai, membuat, menerima dan mengambil tindakan terhadap pilihan atau keputusan yang dibuatnya. Bagi mereka, kaunseling menolong klien mempelajari proses membuat keputusan, sehingga akhirnya dia dapat membuat keputusan tanpa sentiasa mengharapkan bantuan orang lain. Pelbagai tujuan telah diutarakan oleh mereka yang banyak pengalaman, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini. Satu hakikat yang nyata ialah tujuan itu tidak sama pada semua orang. Di dalam perkembangan proses kaunseling, tujuan bagi seseorang klien itu mungkin diubahsuai dari semasa ke semasa. Usaha membina tujuan mestilah dianggap sebagai suatu tindakan yang tidak kaku, statik atau tetap; dan perlu dibuat penilaian bersama oleh klien dan kaunselor mengikut keperluan klien.
Secara umumnya, bolehlah disimpulkan bahawa kaunseling menolong seorang klien:
Tujuan terakhir supaya klien bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya sehingga menjadi individu yang berfungsi sepenuhnya tidak mungkin dapat dicapai dalam masa yang singkat. Ia merupakan tujuan hidup setiap insan yang inginkan kesejahteraan hidup di dunia. Walaubagaimana pun tidaklah dapat dinafikan bahawa setiap klien dan kaunselor mempunyai tujuan-tujuan jangka pendek yang lebih khusus yang ingin dicapai dalam masa yang singkat.
Setiap manusia mesti dilihat menurut konteks sesuatu situasi di antara diri dan situasi yang menimbulkan masalah-masalah berkenaan, difahami bagaimana, mengapa dan kenapa, supaya dapat diterima hakikat yang sebenar dan dapat dibina tujuan-tujuan hidup yang lebih realistik dan lebih bermakna. Jika dilihat dari segi ini, tujuan juga merupakan suatu proses yang dinamik, di dalam perjalanan hidup di dunia ini yang penuh dengan cabaran dan ketidakpastian. Masalah individu yang berhubung dengan kerunsingan, psikologi, peribadi dan ketidaksejahteraan, kebanyakannya berpunca dari dalam diri individu itu sendiri kerana tidak memahami diri dan situasi serta tidak mempunyai jangkaan atau harapan yang realistik terhadap hidup. Persoalan-persoalan asas seperti siapakah aku, dari manakah asalku, apakah tujuan hidupku, siapakah yang menjadikan aku, untuk apakah aku dihidupkan dan seumpamanya sepatutnya diberi perhatian yang wajar.
Diharapkan klien dapat belajar mengendalikan hidupnya sendiri daripada pengalaman dalam proses dan perhubungan kaunseling. Dalam proses kaunseling, klien belajar tetapi kaunselor tidak mengajar. Fungsi kaunselor adalah sebagai ‘pemandu’ yang pada mulanya diperlukan untuk menunjuk jalan dan menemani klien dalam perjalanannya, memahami diri dan situasinya serta mengenal pasti keperluannya. Setelah tujuan ini tercapai, barulah fungsi dan peranan kaunselor tercapai dengan sempurnanya. Semakin berkurangan sehingga sampai klien tidak lagi memerlukannya kerana dia sudah dapat meneruskan perjalanannya sendiri tanpa bantuan daripada kaunselor lagi.
PRINSIP KAUNSELING
Dalam bidang kaunseling, prinsip-prinsip harus diamalkan untuk mencapai tujuan kaunseling. Prinsip dan ciri kaunseling adalah seperti berikut:
Kaunseling harus berasaskan prinsip-prinsip berikut:
Secara amnya, prinsip-prinsip kaunseling dapat diuruskan seperti berikut:
Sikap orang yang berjaya
Sikap orang yang gagal
Your Name:
Your Telephone Number:
Your Email Address:
Questions on drug abuse
Please contact me by: Email Telephone
© Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP
No comments:
Post a Comment