“Bercakap” jangan “bercakap-cakap”
11/03/2009 1:01pm
Sebagai seorang pelajar sekolah yang cemerlang mereka seharusnya mampu mengeluarkan pandangan, buah fikiran yang bernas maupun memberi kritikan yang membina dengan tujuan untuk menjana pemikiran yang kritis dan kreatif serta membina keperibadian dan ketrampilan diri yang unggul. Ia menjadi satu keperluan kepada diri pelajar sebagai satu persediaan bukan sahaja untuk melangkah ke peringkat pengajian yang lebih tinggi malah sebagai langkah penyuburan diri dalam karier masing-masing nanti.
Pelajar Bijak
04/03/2009 12:00pm
Ramai dalam kalangan pelajar yang cuba membanding-bandingkan tahap pencapaian antara mereka. Dalam keadaan ini apabila prestasi seseorang itu tinggi, ia dianggap sebagai seorang pelajar yang "pandai", dan jika prestasi seseorang itu rendah ia dianggap sebagai seorang pelajar yang "bodoh".
Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit
25/02/2009 12:56pm
Proses pembelajaran merupakan satu proses yang berlaku secara berterusan. Ilmu dan kemahiran diperolehi secara berperingkat mengikut tahap dan bidang tertentu yang terdapat pada kurikulum yang digubal. Sebagai contoh seseorang pelajar harus mengikuti proses pembelajaran di peringkat rendah selama 6 tahun dan diikuti dengan peringkat menengah selama 5 tahun.
Drama sebagai kaedah pengajaran
11/02/2009 4:30pm
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelbagai kaedah digunakan untuk memudahkan pemahaman serta menarik perhatian pelajar. Sebagai contoh media pengajaran yang dulunya dikenali sebagai alat bantu mengajar seperti carta, gambar foto, transparensi, persembahan multimedia dan sebagainya digunakan dalam pengajaran. Ia berfungsi sebagai saluran penyampaian maklumat pembelajaran
Drama dalam proses pengajaran dan pembelajaran
10/02/2009 1:07pm
Drama sebagai genre dalam kesusasteraan mampu menyampaikan tema, plot, perwatakan dan mesej untuk dikaji melalui lakonan. Sesungguhnya drama adalah merupakan imitasi terhadap perlakuan dalam kehidupan manusia.
Kesilapan: Pengalaman ke arah kejayaan
14/01/2009 12:39pm
Sebagai manusia yang penuh dengan kekerdilan, kesilapan sering dialami. Walaupun tiada siapa yang inginkan kesilapan, tetapi jika berlaku ia akan membawa keruntuhan dan kemusnahan dalam kehidupan. Kesilapan dalam tindakan, kesilapan dalam menentukan keputusan atau kesilapan dalam sesuatu perkara teknikal membawa padah bukan sahaja pada diri sendiri tetapi juga melibatkan keluarga dan masyarakat.
No comments:
Post a Comment